PROJEK SUARA GENERASI COVID (VOCG) SIRI 2
Sesi 2 : Projek Suara Generasi Covid (VOCG)
Voice Of Covid Generation
Projek ini diteruskan lagi dengan 'meet up' sesi kedua bersama guru - guru (VCOG Leaders) yang terlibat di mana kami didedahkan dengan kit bahan yang akan digunakan bersama murid - murid nanti. Apa yang menarik bagi sesi kali ini ialah guru - guru yang terlibat didedahkan berkaitan dengan perancangan dan perjalanan aktviti bagi projek ini.
Fasilitator membimbing kami untuk meneroka perasan murid, mengajak murid untuk 'voice out' apa mereka rasa daripada awal bermulanya perintah kawalan pergerakan (pkp). Murid juga akan didedahkan informasi berkaitan wabak novel coronavirus (Covid19) daripada awal, berdasarkan kronologi, bagaimana ia bermula dan sebagainya. Murid akan dibimbing untuk membezakan kategori sumber seperti sumber primer dan sumber sekunder, sumber sahih dan tidak sahih, berita palsu dan sebagainya.
Penggunaan watak seperti 'Juriah' dan elemen komik dalam perjalanan projek ini diharapkan dapat memikat hati murid untuk meneroka dan bergerak aktif bagi menjayakan projek ini. Saya tidak sabar untuk meneroka potensi murid saya melalui projek ini kerana panduan yang disediakan adalah dalam bentuk santai, di mana saya boleh melihat dan belajar dari reaksi murid berkeperluan khas berkaitan isu Covid19 ini. In Sha Allah, kit bahan projek ini akan dihantar ke sekolah kami nanti.
Langkah seterusnya, saya perlu mencari dan menyenaraikan 10 orang murid berkeperluan khas bagi terlibat dengan projek ini. Stay tuned !
beranikah anak murid saya ber 'suara' .. tunggu dan lihat
kandungan yang menarik dan santai untuk diikuti
elemen pengunaan komik dalam penceritaan
penerangan tentang penggunaan bahan kepada guru terlibat
panduan untuk merancang aktiviti berkaitan
last not least, team pictures, smile !
Terima kasih Arus Academy, UNICEF Malaysia dan BPPDP KPM :)
Comments
Post a Comment