Posts

Showing posts from August, 2020

TUTORIAL GRADE AND RETURN QUESTION ANSWERS GOOGLE CLASSROOM

Image
Alhamdullilah dan terima kasih kepada team EDidik Kedah kerana menjemput saya untuk berkongsi ilmu berkaitan 'Grade & Return Question Answes' di dalam aplikasi Google Classroom. Untuk melihat tutorial berkaitan topik tersebut, anda boleh layari pautan di bawah : Tutorial Grade and Return Question Answers in Google Classroom Moga bermanfaat !

MODERATOR DAN STREAMER PROGRAM E-LEARNING PROGRAM PGSM : GOOGLE DATA STUDIO

Image
Alhamdullilah, selesai tugasan malam ini di mana berpeluang untuk menjadi moderator dan streamer bagi salah satu program PGSM iaitu Tutorial Google Studio bersama Cikgu Shahriman. Untuk melihat dengan lebih lanjut, boleh klik pada pautan yang diberikan di bawah : Pautan Link Tutorial Google Data Studio Moga bermanfaat !

LEMBARAN KERTAS AKTIVITI LITERASI MAKLUMAT BULAN KEBANGSAAN NORMA BAHARU TAHUN 2020

Alhamdullilah, pada tahun ini Pusat Sumber SMPKVM sekali lagi mengendalikan Sambutan Bulan Kebangsaan bagi tahun 2020. Uniknya tahun ini adalah kita menyambut Bulan Kebangsaan iaitu bulan kemerdekaan dalam norma baharu kerana ingin membanteras wabak Covid19. Sehubungan dengan itu, Pusat Sumber SMPKVM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti literasi maklumat bersama dengan panitia akademik di sekolah bertemakan bulan kebangsaan, kemerdekaan dan Covid19 agar dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran murid berkeperluan khas berkaitan perkara tersebut di sekolah kami. Disini, saya kongsikan sebahagian 'softcopy' kertas lembaran bagi aktiviti literasi maklumat sekolah kami sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2020. Terima kasih juga kepada mereka yang telah berkongsi bahan sebelum ini di mana saya melakukan sedikit pengubahsuaian untuk murid berkeperluan khas di sekolah saya.  Semoga bermanfaat ! KERTAS LEMBARAN AKTIVITI (UNIT BIMBINGAN KAUNSELI

2020 TheGreatLab Online Traning : Technical Workshop Mobile Apps

Image
2020 TheGreatLab Online Traning : Technical Workshop Mobile Apps Congratulations to our special need students yang berjaya menghabiskan siri bengkel tutorial mobile apps bersama CREST USM. Mereka belajar bagaimana menggunakan aplikasi MIT App Inventor dan diminta menyiapkan tugasan yang diberi oleh fasi. Kudos to fasilitator CREST USM yang sentiasa gigih membantu dalam pembelajaran bengkel ini for our mbk students. Tahniah irfan, daniel dan syikin, kerana kamu cikgu pun dapat tumpang belajar juga . Lets keep learning and improving .

Set Latihan Matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial & Alam Sekitar KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 4

Perkongsian Set Latihan Matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial & Alam Sekitar KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 4 UNIT 1 : MANUSIA 1.1.1 Sistem Pembiakan Manusia https://forms.gle/UZASfmPEaV74rLEw6 1.1.2 Organ Pembiakan Manusia https://forms.gle/1Hyw4NN3BpED1HXk6 1.1.3 Fungsi Organ Pembiakan https://forms.gle/G9qVSFPSkhXozoH38 1.1.4 Proses Persenyawaan Dalam Asas Kejadian Manusia https://forms.gle/JFxvSBgdg7mwjsjM6 UNIT 2 : HAIWAN 2.1.1 Cara Menjaga Haiwan Ternakan https://forms.gle/evKkyW8NxpbNsVFb9 2.1.2 Aspek Penjagaan Haiwan Ternakan https://forms.gle/iZFMUHvoKdm6HnC66 2.1.3 Kepentingan Penjagaan Haiwan Ternakan https://forms.gle/2xbw3qAUtTGd3R8u8 UNIT 3 : TUMBUHAN 3.1.1 Cara Menjaga Tumbuhan https://forms.gle/HuwkdvqXNZapXGGj8 3.1.2 Keselamatan Ketika Menjaga Tumbuhan https://forms.gle/vHMtfgV39Rud8rgj6 3.1.4 Kepentingan Penjagaan Tumbuhan https://forms.gle/o7mzq71hMrna15QMA Moga bermanfaat untuk semua

PDPC ( PEMBELAJARAN SEMASA PKP) MURID BERKEPERLUAN KHAS TAHUN 2020

Image
Tahun 2020 semestinya meninggalkan banyak kepada kita semua termasuk diri saya sebagai guru. Pembelajaran atas talian mula menjadi keutamaan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan berlansung bermula dari 18 Mac - 24 Jun 2020. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Saya coretkan kenangan disini, segala memori tentang pembelajaran semasa pkp untuk menjadi kenangan dan rujukan saya di masa akan datang. Gambar - gambar ini turut dijadikan sebagai bahan video oleh pihak SSTP JPN Kedah, terima kasih ! Murid - murid sekolah saya pada minit 03:22 VIDEO PEMBELAJARAN PKP  OLEH PIHAK SSTP JPN KEDAH

STUDI SAMPAI JADI E-PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SAINS, SOSIAL & ALAM SEKITAR KSSM PENDIDIKAN KHAS

Image
Mari ikuti Siri Studi Sampai Jadi yang dibawakan oleh GPS Bestari dan Sinar Harian dalam memberikan alternatif kepada murid - murid untuk belajar walau di mana jua mereka berada. Tajuk e-pembelajaran kali ini adalah Unit 3 : Tumbuhan bagi mata pelajaran Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 4. Jom belajar bersama cikgu :) Terima kasih GPS Bestari & Sinar Harian.

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2020 PERINGKAT SEKOLAH

Image
Pada 17 Ogos 2020, telah diadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2020 Peringkat Sekolah dimana Pusat Sumber SMPKVM telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan aktiviti sambutan bulan kebangsaan bagi tahun 2020. Alhamdullilah berjaya memperkenalkan aplikasi Streamyard kepada guru-guru sekolah dan pentadbir yang terlibat. Mereka belajar bagaimana untuk mengendalikan siaran secara lansung melalui laman sosial facebook sekolah. Aktiviti Bacaan Yasin turut diadakan serentak di semua kelas sempena sambutan bulan kebangsaan tahun ini dalam norma baru. Moga negara kita dapat pulih dengan segera dari wabak Covid19. Salam kemerdekaan semua. Malaysia Prihatin !  semasa sesi rehearsal semasa sesi rehearsal

TUTORIAL MEMBINA DIGITAL ESCAPE ROOM MENGGUNAKAN GOOGLE FORM

Image
Perkongsian kali ini adalah berkaitan bagaimana membina Digital Escape Room dengan menggunakan aplikasi Google Form. Anda boleh menjadikan google form sebagai bahan gamifikasi dalam pendidikan dengan menggunakan Digital Escape Room. Menarik bukan? Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari tutorial yang disediakan di pautan berikut : Moga perkongsian yang diberikan bermanfaat untuk anda semua. Ada rezeki, kita bertemu lagi di perkongsian akan datang !

SIRI WEBINAR GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA NEGERI KEDAH TAHUN 2020

Image
Alhamdullilah, selesai menyelaraskan, menjadi fasilitator dan moderator bagi Siri Webinar Guru Perpustakaan & Media Negeri Kedah Tahun 2020. Sesungguhnya pengalaman yang sangat bermakna di samping dapat mempelajari pelbagai ilmu bersama rakan - rakan guru yang hebat ! Terima kasih Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah kerana merealisasikan program ini sehingga ke penghujung siri di mana siri ini telah berlansung selama sebulan sepanjang tempoh pergerakan kawalan pemulihan. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan fasilitator yang memberikan kotmiten di atas program ini. Untuk menonton keseluruhan siri webinar ini, anda boleh menyaksi di pautan link berikut : SIRI TERKUMPUL WEBINAR GPM NEGERI KEDAH TAHUN 2020 Jika anda ingin merujuk nota yang disediakan oleh fasilitator,boleh melihat di pautan berikut: LAMAN PORTAL SIRI WEBINAR GPM NEGERI KEDAH TAHUN 2020 Moga bermanfaat ilmunya :)

PERTANDINGAN INOVASI KARNIVAL STEM MAYA 2020 PERINGKAT KEBANGSAAN

Image
  Tahun 2020 ini mencatatkan pengalaman yang sangat unik bagi saya. Misalnya dalam pertandingan inovasi. Oleh kerana wabak Covid19, pertandingan inovasi diadakan juga dalam bentuk atas talian bagi mengekang penularan wabak Covid19. Karnival STEM Maya 2020 adalah pertandingan inovasi pertama atas talian yang saya dan murid sertai dalam tempoh pergerakan kawalan pemulihan ini. Alhamdullilah, keputusan Pertandingan Inovasi dalam Karnival STEM Maya 2020 adalah seperti beikut : 1 Pingat Emas (Kategori Guru) - Pertandingan Inovasi PDPC STEM Kos Rendah Kebangsaan 1 Pingat Perak (Kategori Murid) - Pertandingan Inovasi Teknologi Hijau Kebangsaan (Kategori Sekolah Menengah) Tahniah irfan, walau agak mencabar un tuk m elaksanakannnya dalam bentuk atas talian tetapi kamu membuktikan murid berkeperluan khas juga mampu berjaya ! Terima kasih Persatuan Guru STEM Malaysia kerana menganjurkan pertandingan ini. 

PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION 2020

Image
Tahun 2020 ini, saya berkesempatan untuk melatih 3 orang murid berkeperluan khas bagi menyertai Pertandingan Digital StoryTelling Animation 2020 yang bertemakan "Baik Budi, Indah Bahasa". Kami menggunakan perisian Animaker. Perisian ini tidak perlu dimuat turun, boleh terus diedit berasaskan cloud dengan malayari pautan animaker.com Tugasan pertama adalah dengan menyediakan storyboard (jalan cerita). Tiada format tertentu bagi storyboard dalam pertandingan ini. Jadi, kami hanya menggunakan storyboard yang mudah, kerana bagi saya yang penting murid faham dan mereka sendiri hasilkan. Maka tercetusla storyboard mereka berkaitan cerita 'Adab Di Pasaraya'. Antara kelebihan yang ada pada perisian animaker (menggunakan akaun percuma) adalah boleh memilih watak tersedia dengan pilihan pengubahsuaian paparan, memasukkan suara, memasukkan muzik yang tersedia dan memasukkan tulisan. Pilihan gambar berdasarkan lokasi juga ada, namun bila menggunakan akaun percuma, tidaklah banyak

CALON ANUGERAH GURU INSPIRASI MACDONALDS 2019

Image
  Rezeki terjumpa dengan entry ini semasa sedang membuat carian di google. Walaupun tidak memenangi sebarang tempat, namun kamu tetap menang di hati cikgu. Terima kasih calonkan cikgu. Korang first batch dan tetap di hati cikgu sebagai kenangan manis apabila berkhidmat di negeri jelapang padi ini. Terima kasih atas penghargaan ini. Cikgu sayang kamu semua !