Posts

Showing posts with the label Umum

COZY LAUNCH OF GLOBAL CITIZENSHIP EDUCATION PROJECT (GCED) @ DELIMa

Image
Cozy Launch of Global Citizenship Education Project (GCED) @ DELIMa Alhamdullilah, tersenarai antara guru yang memberi refleksi dalam  video berkaitan Global Citizenship Education Project (GCED). Pengalaman saya adalah berkaitan dengan projek Suara Generasi Covid atau lebih dikenali sebagai Voice Of Covid Generation. Untuk melihat lebih lanjut refleksi kami boleh melayari pautan berikut : Voices of the COVID Generation (VOCG) is a project-based approach using COVID-19  as the central theme with learning objectives aligned to 4 subjects within Malaysia’s national curriculum and GCED. VOCG Projects by Arus Academy juga merupakan salah satu penerima WenhuiAward 2020 Recipients of Honourable Commendations. By the way, there are many more GCED projects that u can do it with your students, explore more at https://arus.cc/gcedproject . Paparan video yang memaparkan VOCG Projects sebagai salah satu pemenang. Antara paparan berkaitan murid saya yang ada di dalam video tersebut :

Panel Wacana Ilmu : Perpustakaan Inklusif

Image
Wacana Ilmu : Perpustakaan Inklusif  anjuran Jawatankuasa Tetap Golongan Khas PPM 2019-2022 "Library are what is best about us as a society : open, exciting, rich, informative, free, inclusive, engaging - Susan Orlean"  Alhamdullilah, terima kasih di atas ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman yang hanya sekelumit cuma, dan syukur dgn ilmu² yang diperolehi hari ini. Terima kasih Dr. Maya, Dr Faizal, En. KZ, En. Firdaus dan jawatankuasa Persatuan Pustakawan Malaysia. Topik yang dekat di hati saya iaitu berkaitan pendidikan khas dan pusat sumber. In Sha Allah moga² ilmu yg diperolehi hari ini menjadi asbab utk makin libatkan murid² berkeperluan khas dgn pelbagai ruang dan peluang lagi yg ada di luar sana 🌸  Sesi rakaman penuh boleh dilihat di pautan berikut : Semoga bermanfaat ya !

GLOBAL INSPIRING WOMEN AWARD 2020

Image
Thank you so much to INSPIRE.my, cikgu Rooban Arumugam and team for this great initiative @ International Women's Day. Congratulations to all  the 150 womens for Inspiring Women Award Winners. Lets keep continuesly inspiring and do more, for better nation 🌸. There are so many womens out there that's inspire us everyday including who read this 💐❤️.  To inspire by all those womens, feel free to watch : https://youtu.be/4_SAGsBDjq8 Don't forget to get some motivational speech from speakers at this link :  https://youtu.be/yMRmDKZY5DM "A Charming Women Doesn't Follow The Crowd; She Is Herself" - Loretta Young. Happy International Women's Day everyone 🌸

E-CLASS : PENDIDIKAN SAINS SOSIAL DAN ALAM SEKITAR KSSM PENDIDIKAN KHAS

Image
  Untuk siri bersama Digital Classrom kali ini, saya berkongsikan salah satu sub-tajuk dalam mata pelajaran Pendidikan Sains Sosial Alam Sekitar Tingkatan 4 (KSSM Pendidikan Khas) iaitu Kitar Semula Bahan Buangan Aluminium. Dalam sub tajuk ini, ada empat unit yang ditekankan iaitu : 1) Bahan Buangan Daripada Aluminium 2) Produk Kitar Semula Bahan Buangan Aluminium 3) Pameran Projek Kitar Semula 4) Hasil Produk Kitar Semula Bahan Buangan Daripada Aluminium Jom sama - sama kita ulangkaji dengan melayari pautan di bawah : Terima kasih En Hanif di atas peluang diberi. Semoga bermanfaat :)

ARTIKEL E-PROSIDING SEDAR 2020 : KOLABORASI PELBAGAI AGENSI TERHADAP PUSAT SUMBER SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Image
Pada tahun ini, saya telah menyertai Seminar Darul Aman (SEDAR) 2020 anjuran Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) sebagai pembentang dalam talian. Untuk seminar kali ini, saya membentangkan dan menulis kertas konsep bertajuk :  " KOLABORASI PELBAGAI AGENSI TERHADAP PUSAT SUMBER SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS " Sekiranya anda ingin mengakses bahan penulisan tersebut, boleh klik pada pautan di bawah : PAUTAN LINK KE E-PROSIDING SEDAR 2020 Moga bermanfaat.

BAHAN POSTER DAN VIDEO KESELAMATAN INTERNET DAN KLIK DENGAN BIJAK

Image
Sekiranya anda mencari bahan - bahan berkaitan dengan panduan keselamatan di internet, jenayah siber dan klik dengan bijak sama ada dalam bentuk poster infografik, poskad mahupun video, anda boleh muat turun bahan - bahan tersebut pada pautan di bawah. KLIK PAUTAN INI UNTUK AKSES >>  FOLDER BAHAN DAN VIDEO  << Moga bermanfaat !

PANEL WEBINAR CABARAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN KHAS UKM 2020

Image
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi di atas ruang dan peluang untuk saya berkongsi serba sedikit pengalaman yang tidak seberapa di dalam webinar anjuran Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17 September 2020 yang lalu.   Keterujaan saya adalah kerana dapat bersemuka secara virtual bersama para pensyarah yang pernah mengajar saya dahulu, sungguh rasa seperti sirih pulang ke gagang walau hanya untuk seketika :) Di dalam siri webinar ini, saya berkongsikan bagaimana teknologi dapat membantu guru pendidikan khas untuk mencapai bahagia dan sejahtera, di mana bagaimana guru pendidikan khas boleh menggunakan teknologi secara mudah dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan murid berkeperluan khas dengan rasa bahagia dan sejahtera. Perkongsian tersebut dapat diikuti dengan melayari pautan link di bawah : WEBINAR CABARAN NORMA BARU GURU PENDIDIKAN KHAS Terima kasih kepada semua warga UKM di atas peluang yang diberikan...

BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI TAHUN 2020

Image
Tahun 2020 adalah tahun kedua saya menjadi daripada sebahagian Sukarelawan ICT atau dikenali MIV under MCMC. Untuk bengkel kali ini yang diadakan secara dalam talian, semua sukarelawan diberikan pendedahan bagi modul klik dengan bijak iaitu berkaitan hak dan tanggungjawab digital, maklumat palsu, kawalselia kendiri, Sebenarnya.my, cybergenius dan lain - lain. Kami juga diberikan penerangan berkaitan bagaimana tugasan perlu dilakukan sepanjang 8 minggu program ini berlansung.  Nanti saya akan sharekan lagi berkaitan apa yang telah kami lakukan sebagai sukarelawan ICT. Jom sama² ingatkan diri kita, jangan kongsi jika tidak pasti dan kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. ✌️ Let's spread it!  Antara perkongsian yang diberikan kepada sukarelawan : Moga bermanfaat !

PDPC ( PEMBELAJARAN SEMASA PKP) MURID BERKEPERLUAN KHAS TAHUN 2020

Image
Tahun 2020 semestinya meninggalkan banyak kepada kita semua termasuk diri saya sebagai guru. Pembelajaran atas talian mula menjadi keutamaan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan berlansung bermula dari 18 Mac - 24 Jun 2020. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Saya coretkan kenangan disini, segala memori tentang pembelajaran semasa pkp untuk menjadi kenangan dan rujukan saya di masa akan datang. Gambar - gambar ini turut dijadikan sebagai bahan video oleh pihak SSTP JPN Kedah, terima kasih ! Murid - murid sekolah saya pada minit 03:22 VIDEO PEMBELAJARAN PKP  OLEH PIHAK SSTP JPN KEDAH