Posts

Showing posts from December, 2020

TUTORIAL MEMBINA PUSAT SUMBER DIGITAL (PERPUSTAKAAN DIGITAL) MENGGUNAKAN GOOGLE TOOLS

Image
  Alhamdullilah, sesi kedua untuk program GEG Apac - Sentiasa Berhubung sebagai panel (fasilititator) dalam bengkel teknologi pendidikan selama tiga hari anjuran GEG Asia- Pacific Connect yang telah berlangsung dalam pelbagai bahasa di Asia-Pacifik . Setiap perkongsian ini adalah daripada pendidik untuk pendidik. Kami para fasilitator dari GEG Malaysia menggunakan medium Bahasa Melayu semasa penyampian. Tajuk bagi sesi kedua yang saya kendalikan adalah bagaimana untuk membina pusat sumber digital dengan menggunakan aplikasi Google. Untuk mengikuti sesi tutorial bersama saya, boleh layari pautan yang diberi di bawah. Moga perkongsian yang diberikan dapat diikuti dan memberi manfaat.

PERKONGSIAN BERSAMA RAKAN GPM USTP PPD PASIR GUDANG

Image
Perkongsian Bersama Rakan² Guru Perpustakaan dan Media, USTP PPD Pasir Gudang Alhamdullilah terima kasih kepada Pn Afzam Abdullah dan Unit Sumber Teknologi Pendidikan dari Pasir Gudang di atas ruang dan peluang untuk sama=sama berkongsi dan belajar berkaitan kreativiti dalam membina rak bahan digital dengan menggunakan aplikasi Google Slides dan Google Sites.  Saya tertarik dengan ucapan aluan dari Pn Surieyani Syamsuddin, Timb Sektor Pembelajaran PPD Pasir Gudang berkaitan konsep ASK yang beliau amalkan iaitu  A : Attitude, S : Skill, K : Knowledge. Moga perkongsian yang diberikan bermanfaat dan sama-sama kita belajar dari masa ke semasa 

TUTORIAL MEMBINA RAK BAHAN DIGITAL MENGGUNAKAN GOOGLE SLIDE

Image
  Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi dalam peluang untuk menjadi panel (fasilititator) dalam  bengkel teknologi pendidikan selama tiga hari anjuran GEG Asia- Pacific Connect yang telah berlangsung dalam pelbagai bahasa di Asia-Pacifik . Setiap perkongsian ini adalah daripada pendidik untuk pendidik. Kami para fasilitator dari GEG Malaysia menggunakan medium Bahasa Melayu. Tajuk yang saya kendalikan adalah Membina rak bahan digital dengan menggunakan aplikasi Google Slide dan Bitmoji. Untuk mengikuti sesi tutorial bersama saya, boleh layari pautan yang diberi di bawah. Terima kasih #GEGapac Malaysia team  di atas ruang dan peluang yang diberikan. Antara komen dari peserta. Terima kasih kerana mengikuti sesi perkongsian saya Sesi latihan bersama Cikgu Emkay, one of the sifu bagi google di Malaysia Terima kasih dan moga bermanfaat ilmunya !

PERKONGSIAN TUTORIAL RAK BAHAN DIGITAL BERSAMA RAKAN GPM PPD KUALA LANGAT

Image
  Alhamdullilah, terima kasih di atas ruang dan peluang yang telah diberikan kepada saya oleh Unit Sumber Dan Teknologi Pendidikan (USTP), PPD Kuala Langat berkaitan dengan pembinaan rak bahan digital. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua yang mengikutinya. Selain menggunakan pelantar google meet, pihak USTP PPD Kuala Langat juga telah membuat siaran lansung di saluran facebook dan youtube rasmi mereka. Kepada yang ingin mengikuti semula siaran tersebut boleh klik pada pautan di bawah : PAUTAN SIARAN BENGKEL MELALUI FACEBOOK PAUTAN SIARAN BENGKEL MELALUI YOUTUBE Moga ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk semua.

PENCERAMAH WEBINAR PUSAT SUMBER SEKOLAH ABAD KE-21

Image
  Alhamdullilah, diberi ruang dan peluang untuk berkongsi tentang pembinaan rak buku digital bagi rakan - rakan guru perpustakaan dan media dari Barat Daya Pulau Pinang. Selain berkongsi serba sedikit tutorial berkaitan rak digital, saya turut belajar dari panel penceramah yang lain berkaitan dengan pengurusan pss, aktiviti - aktiviti pss, pss minimalis dan ilmu - ilmu pusat sumber yang lain. Moga perkongsian yang diberikan hari ini bermanfaat untuk rakan - rakan yang telah terlibat. Nota : JaRingan (R-Rural)  dalaman institusi pendidikan, JaLinan (L-Luar) - selain institusi pendidikan