Posts

Showing posts from June, 2020

Pautan Link Poster Infografik KKM Covid19

Image
Terima kasih KKM, sentiasa berikan yang terbaik . Jika anda tidak pandai buat poster infografik berkaitan Covid19 tidak mengapa, kita boleh ambil dari link KKM di bawah. Perkongsian setempat link berkaitan Infografik Covid19. Poster ada, bunting pun ada. Boleh pilih yang bersesuaian untuk kita guna. http://covid-19.moh.gov.my/infografik Kalau perlukan dalam format resolusi tinggi, boleh klik link dibawah dan cari keperluan anda ikut kategori. https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov Sharing is caring

e-Daftar dan e-Sistem Rekod Suhu & Kehadiran

Image
e-Daftar dan e-Sistem Rekod Suhu & Kehadiran Warga SMPKVM Paparan Muka E- Sistem Rekod Suhu & Kehadiran Pautan kepada e-sistem : https://bit.ly/erekodsuhusmpkvm Projek ini merupakan gabungan penggunaan aplikasi Canva, Google Form dan Google Data Studio. Projek ini adalah yang kelima telah dihasilkan sepanjang tempoh PKP untuk sekolah. Projek ini adalah berkaitan sistem pemantauan ringkas rekod data berkaitan suhu dan kehadiran warga sekolah. Sistem ini telah mula digunakan pada 19 Mei yang lepas, atas permintaan tuan pengetua memandangkan rakan² AKP sudah kembali bekerja. Mereka yang memasuki premis sekolah perlu berdaftar dahulu dengan e-daftar melalui janaan qr code. Kemudian, bagi memudahkan pemantauan, e-sistem rekod ini telah dibina di mana sekiranya rekod suhu badan melebihi nilai yang sepatutnya, warna merah akan keluar pada data tersebut, dan jika suhu badan rendah dari nilai sepatutnya, akan ditanda dengan warna hijau. Kekerapan dari segi kehadiran, tarikh, suhu, jawat