e-Daftar dan e-Sistem Rekod Suhu & Kehadiran


e-Daftar dan e-Sistem Rekod Suhu & Kehadiran Warga SMPKVM


Paparan Muka E- Sistem Rekod Suhu & Kehadiran

Pautan kepada e-sistem : https://bit.ly/erekodsuhusmpkvm

Projek ini merupakan gabungan penggunaan aplikasi Canva, Google Form dan Google Data Studio. Projek ini adalah yang kelima telah dihasilkan sepanjang tempoh PKP untuk sekolah. Projek ini adalah berkaitan sistem pemantauan ringkas rekod data berkaitan suhu dan kehadiran warga sekolah.
Sistem ini telah mula digunakan pada 19 Mei yang lepas, atas permintaan tuan pengetua memandangkan rakan² AKP sudah kembali bekerja. Mereka yang memasuki premis sekolah perlu berdaftar dahulu dengan e-daftar melalui janaan qr code. Kemudian, bagi memudahkan pemantauan, e-sistem rekod ini telah dibina di mana sekiranya rekod suhu badan melebihi nilai yang sepatutnya, warna merah akan keluar pada data tersebut, dan jika suhu badan rendah dari nilai sepatutnya, akan ditanda dengan warna hijau. Kekerapan dari segi kehadiran, tarikh, suhu, jawatan juga mudah untuk dianalisis, dicetak dan dijejaki berdasarkan track yang disediakan. Langkah pemeriksaan suhu bermula dari pondok guard sekolah kami. Semoga usaha ini dapat memudahkan pengurusan sekolah dalam mematuhi SOP Norma Baharu di sekolah kami.


Panduan Langkah e-Daftar Untuk Warga Sekolah

Comments

Popular posts from this blog

COZY LAUNCH OF GLOBAL CITIZENSHIP EDUCATION PROJECT (GCED) @ DELIMa

Panel Wacana Ilmu : Perpustakaan Inklusif