Posts

Showing posts with the label Google GSuite

TUTORIAL MEMBINA PUSAT SUMBER DIGITAL (PERPUSTAKAAN DIGITAL) MENGGUNAKAN GOOGLE TOOLS

Image
  Alhamdullilah, sesi kedua untuk program GEG Apac - Sentiasa Berhubung sebagai panel (fasilititator) dalam bengkel teknologi pendidikan selama tiga hari anjuran GEG Asia- Pacific Connect yang telah berlangsung dalam pelbagai bahasa di Asia-Pacifik . Setiap perkongsian ini adalah daripada pendidik untuk pendidik. Kami para fasilitator dari GEG Malaysia menggunakan medium Bahasa Melayu semasa penyampian. Tajuk bagi sesi kedua yang saya kendalikan adalah bagaimana untuk membina pusat sumber digital dengan menggunakan aplikasi Google. Untuk mengikuti sesi tutorial bersama saya, boleh layari pautan yang diberi di bawah. Moga perkongsian yang diberikan dapat diikuti dan memberi manfaat.

PERKONGSIAN BERSAMA RAKAN GPM USTP PPD PASIR GUDANG

Image
Perkongsian Bersama Rakan² Guru Perpustakaan dan Media, USTP PPD Pasir Gudang Alhamdullilah terima kasih kepada Pn Afzam Abdullah dan Unit Sumber Teknologi Pendidikan dari Pasir Gudang di atas ruang dan peluang untuk sama=sama berkongsi dan belajar berkaitan kreativiti dalam membina rak bahan digital dengan menggunakan aplikasi Google Slides dan Google Sites.  Saya tertarik dengan ucapan aluan dari Pn Surieyani Syamsuddin, Timb Sektor Pembelajaran PPD Pasir Gudang berkaitan konsep ASK yang beliau amalkan iaitu  A : Attitude, S : Skill, K : Knowledge. Moga perkongsian yang diberikan bermanfaat dan sama-sama kita belajar dari masa ke semasa 

TUTORIAL MEMBINA RAK BAHAN DIGITAL MENGGUNAKAN GOOGLE SLIDE

Image
  Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya menyelesaikan tugasan yang diberi dalam peluang untuk menjadi panel (fasilititator) dalam  bengkel teknologi pendidikan selama tiga hari anjuran GEG Asia- Pacific Connect yang telah berlangsung dalam pelbagai bahasa di Asia-Pacifik . Setiap perkongsian ini adalah daripada pendidik untuk pendidik. Kami para fasilitator dari GEG Malaysia menggunakan medium Bahasa Melayu. Tajuk yang saya kendalikan adalah Membina rak bahan digital dengan menggunakan aplikasi Google Slide dan Bitmoji. Untuk mengikuti sesi tutorial bersama saya, boleh layari pautan yang diberi di bawah. Terima kasih #GEGapac Malaysia team  di atas ruang dan peluang yang diberikan. Antara komen dari peserta. Terima kasih kerana mengikuti sesi perkongsian saya Sesi latihan bersama Cikgu Emkay, one of the sifu bagi google di Malaysia Terima kasih dan moga bermanfaat ilmunya !

PERKONGSIAN TUTORIAL RAK BAHAN DIGITAL BERSAMA RAKAN GPM PPD KUALA LANGAT

Image
  Alhamdullilah, terima kasih di atas ruang dan peluang yang telah diberikan kepada saya oleh Unit Sumber Dan Teknologi Pendidikan (USTP), PPD Kuala Langat berkaitan dengan pembinaan rak bahan digital. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua yang mengikutinya. Selain menggunakan pelantar google meet, pihak USTP PPD Kuala Langat juga telah membuat siaran lansung di saluran facebook dan youtube rasmi mereka. Kepada yang ingin mengikuti semula siaran tersebut boleh klik pada pautan di bawah : PAUTAN SIARAN BENGKEL MELALUI FACEBOOK PAUTAN SIARAN BENGKEL MELALUI YOUTUBE Moga ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk semua.

TUTORIAL E-MAGAZINE MENGGUNAKAN GOOGLE SLIDE

Image
  Alhamdullilah, diberi ruang dan peluang untuk berkongsi tutorial bagaimana membina e-majalah dengan menggunakan google slide. Program perkongsian ini adalah anjuran Edidik Malaysia dan terbuka kepada semua. Sesi ulangan rakaman boleh dilihat pada pautan berikut:  SESI RAKAMAN PERKONGSIAN  TUTORIAL E-MAGAZINE MENGGUNAKAN GOOGLE SLIDE Moga bermanfaat !

TUTORIAL MEMBINA GOOGLE SITES

Image
Sekiranya anda ingin membuat portal anda sendiri, anda boleh menggunakan aplikasi percuma yang disediakan oleh Google iaitu Google Sites.  Apakah yang dimaksudkan dengan Google Sites? Google Sites merupakan sebuah aplikasi percuma berkaitan pembuatan laman web atau portal yang disediakan oleh Google kepada mana - mana individu yang mempunyai akaun google samada peribadi atau akaun pendidikan. Paling penting, ianya percuma dan dapat menyimpan sehingga 15GB di Google Sites bersama dengan aplikasi Google yang lain. Tutorial kali ini dibawakan oleh Persatuan Guru STEM Malaysia (PGSM) dimana ia merupakan inisiatif PGSM bagi projek pembelajaran e-learning. Untuk tutorial kali ini, terdapat enam objektif bagi pembelajaran Google Sites iaitu :  LOG IN KE GOOGLE SITES MEMBINA SITES BARU MENAMAKAN SITES DAN MENCIPTA HEADER MENGIKUT KREATIVITI / THEMES MENCIPTA PAGES DAN MENGENALI FUNGSI ASAS  MENYUSUN ATUR BAHAN DI DALAM SITES MENERBITKAN DAN BERKONGSI SITES KEPADA UMUM Untuk belaj...

MODERATOR DAN STREAMER PROGRAM E-LEARNING PROGRAM PGSM : GOOGLE DRIVE

Image
  Alhamdullilah, selesai tugasan malam ini di mana berpeluang untuk menjadi moderator dan streamer bagi salah satu program PGSM iaitu Tutorial Google Drive bersama Cikgu Roszizul Rahman atau lebih dikenali sebagai CIkgu Malaysia Masih Aman. Untuk melihat dengan lebih lanjut, boleh klik pada pautan yang diberikan di bawah : Tutorial : Google Drive Jangan lupa untuk suscribe dan follow channel Persatuan Guru STEM Malaysia ya. Moga bermanfaat !

TUTORIAL GRADE AND RETURN QUESTION ANSWERS GOOGLE CLASSROOM

Image
Alhamdullilah dan terima kasih kepada team EDidik Kedah kerana menjemput saya untuk berkongsi ilmu berkaitan 'Grade & Return Question Answes' di dalam aplikasi Google Classroom. Untuk melihat tutorial berkaitan topik tersebut, anda boleh layari pautan di bawah : Tutorial Grade and Return Question Answers in Google Classroom Moga bermanfaat !

MODERATOR DAN STREAMER PROGRAM E-LEARNING PROGRAM PGSM : GOOGLE DATA STUDIO

Image
Alhamdullilah, selesai tugasan malam ini di mana berpeluang untuk menjadi moderator dan streamer bagi salah satu program PGSM iaitu Tutorial Google Studio bersama Cikgu Shahriman. Untuk melihat dengan lebih lanjut, boleh klik pada pautan yang diberikan di bawah : Pautan Link Tutorial Google Data Studio Moga bermanfaat !

TUTORIAL MEMBINA DIGITAL ESCAPE ROOM MENGGUNAKAN GOOGLE FORM

Image
Perkongsian kali ini adalah berkaitan bagaimana membina Digital Escape Room dengan menggunakan aplikasi Google Form. Anda boleh menjadikan google form sebagai bahan gamifikasi dalam pendidikan dengan menggunakan Digital Escape Room. Menarik bukan? Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari tutorial yang disediakan di pautan berikut : Moga perkongsian yang diberikan bermanfaat untuk anda semua. Ada rezeki, kita bertemu lagi di perkongsian akan datang !

e-Daftar dan e-Sistem Rekod Suhu & Kehadiran

Image
e-Daftar dan e-Sistem Rekod Suhu & Kehadiran Warga SMPKVM Paparan Muka E- Sistem Rekod Suhu & Kehadiran Pautan kepada e-sistem : https://bit.ly/erekodsuhusmpkvm Projek ini merupakan gabungan penggunaan aplikasi Canva, Google Form dan Google Data Studio. Projek ini adalah yang kelima telah dihasilkan sepanjang tempoh PKP untuk sekolah. Projek ini adalah berkaitan sistem pemantauan ringkas rekod data berkaitan suhu dan kehadiran warga sekolah. Sistem ini telah mula digunakan pada 19 Mei yang lepas, atas permintaan tuan pengetua memandangkan rakan² AKP sudah kembali bekerja. Mereka yang memasuki premis sekolah perlu berdaftar dahulu dengan e-daftar melalui janaan qr code. Kemudian, bagi memudahkan pemantauan, e-sistem rekod ini telah dibina di mana sekiranya rekod suhu badan melebihi nilai yang sepatutnya, warna merah akan keluar pada data tersebut, dan jika suhu badan rendah dari nilai sepatutnya, akan ditanda dengan warna hijau. Kekerapan dari segi kehadiran, tarikh, suhu, jawat...