Posts

Showing posts with the label Inovasi

BULETIN DIDIK @ DIDIKTV NTV7 : PROGRAM WEBINAR@VOMER

Image
BULETIN DIDIK @ DIDIKTV : WEBINAR@VOMER Alhamdullilah, program yang dirancang bersama rakan sekerja berjaya menarik perhatian wartawan DidikTV untuk membuat liputan sebagai bahan berita di Buletin Didik yang bersiaran di NTV7 pada 18 Mac 2021 yang lalu. Rasa teruja tidak terhingga kerana program yang dijalankan ini hanyalah program biasa namun ia memberikan peluang kepada warga sekolah dan murid berkeperluan khas untuk beraksi di atas talian. Webinar@Vomer merupakan program atas talian yang dirancang untuk warga sekolah bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan informasi dari masa ke semasa dalam usaha untuk mempelbagaikan fungsi studio vomer yang baru dinaik taraf di sekolah kami. Sesungguhnya liputan ini sangat memberikan impak positif kepada kami dalam usaha untuk menaik taraf studio vomer di sekolah kami. In Sha Allah, moga lebih banyak program dapat dihasilkan akan datang terutama yang berfokuskan kemenjadian murid berkeperluan khas dalam mencungkil bakat dan potensi mereka. Terima kasi...

ARTIKEL E-PROSIDING SEDAR 2020 : KOLABORASI PELBAGAI AGENSI TERHADAP PUSAT SUMBER SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Image
Pada tahun ini, saya telah menyertai Seminar Darul Aman (SEDAR) 2020 anjuran Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) sebagai pembentang dalam talian. Untuk seminar kali ini, saya membentangkan dan menulis kertas konsep bertajuk :  " KOLABORASI PELBAGAI AGENSI TERHADAP PUSAT SUMBER SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS " Sekiranya anda ingin mengakses bahan penulisan tersebut, boleh klik pada pautan di bawah : PAUTAN LINK KE E-PROSIDING SEDAR 2020 Moga bermanfaat.

MODERATOR SIRI LAKSI 10 EDISI GURU

Image
Siri LAKSI dibawakan oleh Persatuan Guru STEM Malaysia dengan kerjasama Pusat STEM Negara. Untuk Siri LAKSI 7 Edisi Guru kali ini saya berpeluang untuk menjadi moderator bagi guru cemerlang Cikgu Hjh Ku Mahani Ku Mat Desa. Mari kita sama - sama saksikan perkongsian projek inovasi beliau pada pautan berikut : SIRI LAKSI 10 : EDISI GURU Moga bermanfaat !

TUTORIAL MEMBINA DIGITAL ESCAPE ROOM MENGGUNAKAN GOOGLE FORM

Image
Perkongsian kali ini adalah berkaitan bagaimana membina Digital Escape Room dengan menggunakan aplikasi Google Form. Anda boleh menjadikan google form sebagai bahan gamifikasi dalam pendidikan dengan menggunakan Digital Escape Room. Menarik bukan? Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari tutorial yang disediakan di pautan berikut : Moga perkongsian yang diberikan bermanfaat untuk anda semua. Ada rezeki, kita bertemu lagi di perkongsian akan datang !

PERTANDINGAN INOVASI KARNIVAL STEM MAYA 2020 PERINGKAT KEBANGSAAN

Image
  Tahun 2020 ini mencatatkan pengalaman yang sangat unik bagi saya. Misalnya dalam pertandingan inovasi. Oleh kerana wabak Covid19, pertandingan inovasi diadakan juga dalam bentuk atas talian bagi mengekang penularan wabak Covid19. Karnival STEM Maya 2020 adalah pertandingan inovasi pertama atas talian yang saya dan murid sertai dalam tempoh pergerakan kawalan pemulihan ini. Alhamdullilah, keputusan Pertandingan Inovasi dalam Karnival STEM Maya 2020 adalah seperti beikut : 1 Pingat Emas (Kategori Guru) - Pertandingan Inovasi PDPC STEM Kos Rendah Kebangsaan 1 Pingat Perak (Kategori Murid) - Pertandingan Inovasi Teknologi Hijau Kebangsaan (Kategori Sekolah Menengah) Tahniah irfan, walau agak mencabar un tuk m elaksanakannnya dalam bentuk atas talian tetapi kamu membuktikan murid berkeperluan khas juga mampu berjaya ! Terima kasih Persatuan Guru STEM Malaysia kerana menganjurkan pertandingan ini. 

MODERATOR SIRI LAKSI 7 EDISI GURU

Image
Siri LAKSI dibawakan oleh Persatuan Guru STEM Malaysia dengan kerjasama Pusat STEM Negara. Untuk Siri LAKSI 7 Edisi Guru kali ini saya berpeluang untuk menjadi moderator bagi Cikgu Thilagavathi Arichanan. Mari kita sama - sama saksikan perkongsian projek inovasi beliau pada pautan berikut : SIRI LAKSI 7 : EDISI GURU

e-Daftar dan e-Sistem Rekod Suhu & Kehadiran

Image
e-Daftar dan e-Sistem Rekod Suhu & Kehadiran Warga SMPKVM Paparan Muka E- Sistem Rekod Suhu & Kehadiran Pautan kepada e-sistem : https://bit.ly/erekodsuhusmpkvm Projek ini merupakan gabungan penggunaan aplikasi Canva, Google Form dan Google Data Studio. Projek ini adalah yang kelima telah dihasilkan sepanjang tempoh PKP untuk sekolah. Projek ini adalah berkaitan sistem pemantauan ringkas rekod data berkaitan suhu dan kehadiran warga sekolah. Sistem ini telah mula digunakan pada 19 Mei yang lepas, atas permintaan tuan pengetua memandangkan rakan² AKP sudah kembali bekerja. Mereka yang memasuki premis sekolah perlu berdaftar dahulu dengan e-daftar melalui janaan qr code. Kemudian, bagi memudahkan pemantauan, e-sistem rekod ini telah dibina di mana sekiranya rekod suhu badan melebihi nilai yang sepatutnya, warna merah akan keluar pada data tersebut, dan jika suhu badan rendah dari nilai sepatutnya, akan ditanda dengan warna hijau. Kekerapan dari segi kehadiran, tarikh, suhu, jawat...