BULETIN DIDIK @ DIDIKTV NTV7 : PROGRAM WEBINAR@VOMER

BULETIN DIDIK @ DIDIKTV : WEBINAR@VOMER

Alhamdullilah, program yang dirancang bersama rakan sekerja berjaya menarik perhatian wartawan DidikTV untuk membuat liputan sebagai bahan berita di Buletin Didik yang bersiaran di NTV7 pada 18 Mac 2021 yang lalu. Rasa teruja tidak terhingga kerana program yang dijalankan ini hanyalah program biasa namun ia memberikan peluang kepada warga sekolah dan murid berkeperluan khas untuk beraksi di atas talian.

Webinar@Vomer merupakan program atas talian yang dirancang untuk warga sekolah bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan informasi dari masa ke semasa dalam usaha untuk mempelbagaikan fungsi studio vomer yang baru dinaik taraf di sekolah kami. Sesungguhnya liputan ini sangat memberikan impak positif kepada kami dalam usaha untuk menaik taraf studio vomer di sekolah kami. In Sha Allah, moga lebih banyak program dapat dihasilkan akan datang terutama yang berfokuskan kemenjadian murid berkeperluan khas dalam mencungkil bakat dan potensi mereka.

Terima kasih kepada warga sekolah yang telah bersama menjayakannya. Sedutan berita yang telah disiarkan di Buletin Didik @ DidikTV NTV7 boleh di akses pada pautan berikut : 


BULETIN DIDIK @ DIDIKTV NTV7



Paparan memori indah sepanjang menjayakan program tersebut :







Sentiasa percaya kepada diri anda mampu melakukannya :)



Comments

Popular posts from this blog

COZY LAUNCH OF GLOBAL CITIZENSHIP EDUCATION PROJECT (GCED) @ DELIMa

BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI TAHUN 2020