Posts

Showing posts from November, 2020

TUTORIAL E-MAGAZINE MENGGUNAKAN GOOGLE SLIDE

Image
  Alhamdullilah, diberi ruang dan peluang untuk berkongsi tutorial bagaimana membina e-majalah dengan menggunakan google slide. Program perkongsian ini adalah anjuran Edidik Malaysia dan terbuka kepada semua. Sesi ulangan rakaman boleh dilihat pada pautan berikut:  SESI RAKAMAN PERKONGSIAN  TUTORIAL E-MAGAZINE MENGGUNAKAN GOOGLE SLIDE Moga bermanfaat !

JOHAN PERTANDINGAN ESAYEMBARA PUISI MODEN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Image
Johan Pertandingan e-Sayembara Puisi Moden (Sajak) Sekolah Pendidikan Khas KPM 2020 (Kategori Sekolah Menengah) Alhamdullilah, rezeki anak murid SMPKVM, Siti Fatimah yang juga merupakan pengawas pusat sumber sekolah telah menjuarai pertandingan e-Sayembara bagi sekolah² pendidikan khas kategori sekolah menengah.  Pengalaman yang manis dalam membimbing anak murid untuk berani mempamerkan ekspresi dan reaksi di hadapan pelantar maya. Terima kasih buat semua yang telah membantu jua secara lansung dan tidak lansung 😘. Anak murid pun gembira lihat kawan² di sekolah lain walaupun secara maya. Pertandingan ini melibatkan 34 buah pusat sumber sekolah² pendidikan khas dan telah diadakan selari dengan sambutan antarabangsa bulan pusat sumber sekolah. Selain menjadu guru pembimbing, saya terlibat juga sebagai jawatankuasa teknikal di dalam pertandingan ini. Terima kasih BPKHAS di atas peluang dan ruang yang diberikan untuk menimba pengalaman dalam mengendalikan aspek teknikal bagi pertandingan p

MICROSOFT GLOBAL LEARNING CONNECTION (MGLC) 2020

Image
Microsoft Learning Global Connections (MGLC) 2020 with Millennium World School, Faridabad, Hayana (10-11 November 2020) Alhamdullilah, it's wrap!. education has no boundaries, although right now dengan kekangan PKPB @ gajet at their home, my special needs students can travelled virtually (2180 virtual miles) and present well about 🇲🇾 in front of teachers and students of Millennium World School from India, and learn about their country too. Thank you Madam Priyanka and Seema for the opportunity. It will remains as wonderful memory for my students 😘. 

E-CLASS : PENDIDIKAN SAINS SOSIAL DAN ALAM SEKITAR KSSM PENDIDIKAN KHAS

Image
  Untuk siri bersama Digital Classrom kali ini, saya berkongsikan salah satu sub-tajuk dalam mata pelajaran Pendidikan Sains Sosial Alam Sekitar Tingkatan 4 (KSSM Pendidikan Khas) iaitu Kitar Semula Bahan Buangan Aluminium. Dalam sub tajuk ini, ada empat unit yang ditekankan iaitu : 1) Bahan Buangan Daripada Aluminium 2) Produk Kitar Semula Bahan Buangan Aluminium 3) Pameran Projek Kitar Semula 4) Hasil Produk Kitar Semula Bahan Buangan Daripada Aluminium Jom sama - sama kita ulangkaji dengan melayari pautan di bawah : Terima kasih En Hanif di atas peluang diberi. Semoga bermanfaat :)

ARTIKEL E-PROSIDING SEDAR 2020 : KOLABORASI PELBAGAI AGENSI TERHADAP PUSAT SUMBER SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Image
Pada tahun ini, saya telah menyertai Seminar Darul Aman (SEDAR) 2020 anjuran Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) sebagai pembentang dalam talian. Untuk seminar kali ini, saya membentangkan dan menulis kertas konsep bertajuk :  " KOLABORASI PELBAGAI AGENSI TERHADAP PUSAT SUMBER SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS " Sekiranya anda ingin mengakses bahan penulisan tersebut, boleh klik pada pautan di bawah : PAUTAN LINK KE E-PROSIDING SEDAR 2020 Moga bermanfaat.

PROJECT BASED LEARNING WITH MICROSOFT OFFICE 365

Image
  Alhamdullilah dan terima kasih kepada En. Zulhilmi Ahmad dari Microsoft Malaysia dan Pegawai dari Sektor Sumber Teknologi dan Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana sudi memberi perluang dan menjemput saya untuk berkongsi di dalam program Webinar Para Pendidik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk sesi saya kali ini, saya kongsikan pengisian bertajuk 'Project Based Learning With Microsoft Office 365' yang berfokuskan penggunaan aplikasi Microsoft Office 365 dalam melakukan aktiviti pembelajaran berasaskan projek. Bagaimanapun, saya sedikit sedih kerana line internet ketika sesi ini tidak begitu elok di kawasan saya kerana hujan lebat. Bagaimanapun, saya telah memberikan yang terbaik dan saya berharap segala khilaf dapat dimaafi dan diterima oleh para penonton tempohari. Kepada yang ingin mengikuti sesi tersebut, boleh klik pada pautan perkongsian di bawah. Terima kasih SSTP JWPKL, Terima kasih Microsoft Malaysia Moga bermanfaat untuk se

SESI PERKONGSIAN TUTORIAL FLIPHTML5

Image
  Alhamdullilah diberi ruang dan peluang untuk berkongsi berkaitan aplikasi FlipHTML5 dalam sesi online learning yang dibawakan oleh Persatuan Guru STEM Malaysia.  FlipHTML5 adalah antara aplikasi FlipBook percuma yang mudah digunakan, yang direka khusus untuk menukar gambar dan dokumen PDF menjadi buku flip halaman web interaktif berasaskan HTML5 / jQuery, menjadikan fail HTML lebih menarik dan interaktif. Selain FlipHTML5 ada juga aplikasi yang hampir sama fungsinya seperti Anyflip dan PubHTML5 Untuk yang ingin menonton sesi perkongsian tersebut boleh klik pada pautan di bawah : Moga bermanfaat untuk semua.

BAHAN POSTER DAN VIDEO KESELAMATAN INTERNET DAN KLIK DENGAN BIJAK

Image
Sekiranya anda mencari bahan - bahan berkaitan dengan panduan keselamatan di internet, jenayah siber dan klik dengan bijak sama ada dalam bentuk poster infografik, poskad mahupun video, anda boleh muat turun bahan - bahan tersebut pada pautan di bawah. KLIK PAUTAN INI UNTUK AKSES >>  FOLDER BAHAN DAN VIDEO  << Moga bermanfaat !

SESI TUTORIAL MEMBINA RAK BUKU DIGITAL BERSAMA SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

Image
Alhamdullilah, diberi ruang dan peluang untuk berkongsi berkaitan tutorial membina rak buku digital bersama pengawas pusat sumber sekolah dan guru - guru SMK Putrajaya Presint 9(2) pada 15 Oktober 2020 yang lepas.  Tutorial membina rak buku digital adalah dengan menggunakan aplikasi FlipHTML5. Pelajar - pelajar yang terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah menunjukkan semangat dalam mempelajari langkah - langkah asas membina rak buku digital tersebut. Buat masa ini, untuk akaun percuma hanya lima buah buku dibenarkan untuk dimuat naik dalam masa sehari. Selebihnya kena tunggu dalam masa 24 jam untuk muat naik bahan digital yang seterusnya. Terima kasih Cikgu Nurafidah kerana menjemput saya. PSS Az-Zarniji memang awesome ! - Moga bermanfaat untuk semua -