Posts

Showing posts from September, 2020

TUTORIAL MEMBINA GOOGLE SITES

Image
Sekiranya anda ingin membuat portal anda sendiri, anda boleh menggunakan aplikasi percuma yang disediakan oleh Google iaitu Google Sites.  Apakah yang dimaksudkan dengan Google Sites? Google Sites merupakan sebuah aplikasi percuma berkaitan pembuatan laman web atau portal yang disediakan oleh Google kepada mana - mana individu yang mempunyai akaun google samada peribadi atau akaun pendidikan. Paling penting, ianya percuma dan dapat menyimpan sehingga 15GB di Google Sites bersama dengan aplikasi Google yang lain. Tutorial kali ini dibawakan oleh Persatuan Guru STEM Malaysia (PGSM) dimana ia merupakan inisiatif PGSM bagi projek pembelajaran e-learning. Untuk tutorial kali ini, terdapat enam objektif bagi pembelajaran Google Sites iaitu :  LOG IN KE GOOGLE SITES MEMBINA SITES BARU MENAMAKAN SITES DAN MENCIPTA HEADER MENGIKUT KREATIVITI / THEMES MENCIPTA PAGES DAN MENGENALI FUNGSI ASAS  MENYUSUN ATUR BAHAN DI DALAM SITES MENERBITKAN DAN BERKONGSI SITES KEPADA UMUM Untuk belajar lebih lanju

PANEL WEBINAR CABARAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN KHAS UKM 2020

Image
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi di atas ruang dan peluang untuk saya berkongsi serba sedikit pengalaman yang tidak seberapa di dalam webinar anjuran Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17 September 2020 yang lalu.   Keterujaan saya adalah kerana dapat bersemuka secara virtual bersama para pensyarah yang pernah mengajar saya dahulu, sungguh rasa seperti sirih pulang ke gagang walau hanya untuk seketika :) Di dalam siri webinar ini, saya berkongsikan bagaimana teknologi dapat membantu guru pendidikan khas untuk mencapai bahagia dan sejahtera, di mana bagaimana guru pendidikan khas boleh menggunakan teknologi secara mudah dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan murid berkeperluan khas dengan rasa bahagia dan sejahtera. Perkongsian tersebut dapat diikuti dengan melayari pautan link di bawah : WEBINAR CABARAN NORMA BARU GURU PENDIDIKAN KHAS Terima kasih kepada semua warga UKM di atas peluang yang diberikan ini

MODERATOR DAN STREAMER PROGRAM E-LEARNING PROGRAM PGSM : GOOGLE DRIVE

Image
  Alhamdullilah, selesai tugasan malam ini di mana berpeluang untuk menjadi moderator dan streamer bagi salah satu program PGSM iaitu Tutorial Google Drive bersama Cikgu Roszizul Rahman atau lebih dikenali sebagai CIkgu Malaysia Masih Aman. Untuk melihat dengan lebih lanjut, boleh klik pada pautan yang diberikan di bawah : Tutorial : Google Drive Jangan lupa untuk suscribe dan follow channel Persatuan Guru STEM Malaysia ya. Moga bermanfaat !

MODERATOR SIRI LAKSI 6 EDISI GURU

Image
Siri LAKSI 6 edisi guru kali ini amat istimewa di hati saya kerana ia merupakan perkongsian inovasi daripada Cikgu Fadzillah Binti Mohamed Osman yang merupakan seorang Guru Perpustakaan dan Media di SK Tiara Permai. Siri LAKSI dibawakan oleh Persatuan Guru STEM Malaysia dengan kerjasama Pusat STEM Negara. Mari kita sama - sama lihat bagaimana Cikgu Fadzillah mengaplikasikan Skype In The Classroom terutama dalam aktiviti pusat sumber pada pautan di bawah : SIRI LAKSI 6 : EDISI GURU

MODERATOR SIRI LAKSI 10 EDISI GURU

Image
Siri LAKSI dibawakan oleh Persatuan Guru STEM Malaysia dengan kerjasama Pusat STEM Negara. Untuk Siri LAKSI 7 Edisi Guru kali ini saya berpeluang untuk menjadi moderator bagi guru cemerlang Cikgu Hjh Ku Mahani Ku Mat Desa. Mari kita sama - sama saksikan perkongsian projek inovasi beliau pada pautan berikut : SIRI LAKSI 10 : EDISI GURU Moga bermanfaat !

JOHAN MINECRAFT CHALLENGE #FIGHTCOVID-19 TAHUN 2020

Image
  Keputusan Minecraft Challenge #FightCovid -19 Semasa perintah kawalan pergerakan pemulihan, dua orang pelajar kami telah menyertai pertandingan Minecraft Challenge #FightCovid-19. Alhamdullilah, salah seorang pelajar yang menyertai iaitu Mohd Irfan Mohd Asra telah memenangi pertandingan Minecraft Challenge #FightCovid -19 bagi kategori istimewa sekolah menengah. Walaupun masih baru dalam penggunaan Minecraft tapi murid berkeperluan khas telah membuktikan mereka mampu melakukannya. Terima kasih buat semua rakan² guru, juri², SSTP JPNK, Microsoft, BSTP dan KPM yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam pertandingan ini. Keputusan penuh bagi pertandingan ini boleh dilihat di : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/minecraft-challenge2020/keputusan-akhir

PROJEK APA KATA VOMER? : SUARA MERDEKA 2020

Image
Video Hasil Projek Apa Kata Vomer https://youtu.be/AvzCZwjEiUY Sempena sambutan Bulan Kebangsaan bagi tahun 2020, telah diadakan satu projek iaitu Projek Apa Kata Vomer? di mana projek ini bertujuan untuk mencungkil suara, idea dan pandangan dari warga vomer berkaitan Bulan Kebangsaan bagi tahun 2020. Sasaran bagi projek ini adalah meliputi murid, guru dan kakitangan SMPKVM. Projek ini telah berlansung pada 30 Ogos 2020 dan disiarkan di lama youtube pusat sumber sekolah dan laman rasmi facebook sekolah pada 31 Ogos 2020. Projek ini juga membantu murid yang terlibat untuk lebih yakin dengan diri sendiri semasa menemubual responden. Semoga bermanfaat !

BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI TAHUN 2020

Image
Tahun 2020 adalah tahun kedua saya menjadi daripada sebahagian Sukarelawan ICT atau dikenali MIV under MCMC. Untuk bengkel kali ini yang diadakan secara dalam talian, semua sukarelawan diberikan pendedahan bagi modul klik dengan bijak iaitu berkaitan hak dan tanggungjawab digital, maklumat palsu, kawalselia kendiri, Sebenarnya.my, cybergenius dan lain - lain. Kami juga diberikan penerangan berkaitan bagaimana tugasan perlu dilakukan sepanjang 8 minggu program ini berlansung.  Nanti saya akan sharekan lagi berkaitan apa yang telah kami lakukan sebagai sukarelawan ICT. Jom sama² ingatkan diri kita, jangan kongsi jika tidak pasti dan kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. ✌️ Let's spread it!  Antara perkongsian yang diberikan kepada sukarelawan : Moga bermanfaat !

BICARA BUKU SIRI 1/2020 BERSAMA GPM MALAYSIA SECARA DALAM TALIAN SEMPENA KEMPEN BULAN GALAKAN MEMBACA KEBANGSAAN TAHUN 2020

Image
  Alhamdullilah, semasa bulan April 2020, saya telah berpeluang dan dijemput oleh Pn. Siti Norafizah (Ikon GPM Kebangsaan 2019) dari SK Kg Baharu, Pahang untuk menjadi salah seorang panelis bagi Siri Bicara Buku 1/20 bersama GPM Malaysia secara dalam talian. Saya berpeluang untuk mengulas buku bertajuk 'Cerita Orang Pahang' yang ditulis oleh Pn. Siti Norafizah sendiri. Secara kesimpulannya, buku ini sangat dekat dihati saya kerana saya sendiri dilahirkan di Negeri Pahang. Tema yang ada dalam buku ini ialah sejarah warisan pahang yang mengandungi elemen makanan, tokoh, lokasi dan budaya. Kisah yang diceritakan dalam buku ini adalah berkaitan : - Lagenda Pawang Nong - Sambal Hitam - Gua Kota Gelanggi - Gulai Asam Rong - Mat Kilau - Walinong Sari Kesemua kisah ini diceritakan secara tersusun, menggunakan laras bahasa yang mudah difahami termasuk kanak - kanak. Secara tidak lansung, buku ini juga dapat memupuk semangat cintakan tanah air dan warisan negeri Pahang. paparan slide yan

PERTANDINGAN PENCAK PANTUN PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2020

Image
  Semasa tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan yang lepas, tiga orang murid berkeperluan khas telah menyertai Pertandingan Pencak Pantun Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2020. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Setiap murid yang menyertai pertandingan pencak pantun ini perlu mendendangkan pantun mereka berdasarkan tema ramadhan, tema aidilfitri, tema jasa guru dan tema pelajaran maya. Walaupun penuh dengan pelbagai kekangan semasa tempoh pkp, namun mereka berjaya menyiapkan tugasan yang diberi untuk pertandingan ini. Murid berkeperluan khas yang terlibat bagi pertandingan ini adalah : 1. Nuh Asyraaf Mohd Asmizan 2. Muhammad Hamimi Hashim 3. Wan Nurfatima Ayuni Mohd Fauziah Dendangan pantun mereka boleh di lihat di pautan berikut : Nuh Asyraf - https://youtu.be/5BwNtb8J8Qs Hamimi - https://youtu.be/NO2nBcCIxOk Ayuni - https://youtu.be/qgBFFzkoaFQ Tahniah dan semoga menjadi pengalaman yang berharga buat murid yang telah terlibat.

PROJEK SUARA GENERASI COVID (VOCG) SIRI 2

Image
Sesi 2 :  Projek Suara Generasi Covid (VOCG) Voice Of Covid Generation Projek ini diteruskan lagi dengan 'meet up' sesi kedua bersama guru - guru (VCOG Leaders) yang terlibat di mana kami didedahkan dengan kit bahan yang akan digunakan bersama murid - murid nanti. Apa yang menarik bagi sesi kali ini ialah guru - guru yang terlibat didedahkan berkaitan dengan perancangan dan perjalanan aktviti bagi projek ini. Fasilitator membimbing kami untuk meneroka perasan murid, mengajak murid untuk 'voice out' apa mereka rasa daripada awal bermulanya perintah kawalan pergerakan (pkp). Murid juga akan didedahkan informasi berkaitan wabak novel coronavirus (Covid19) daripada awal, berdasarkan kronologi, bagaimana ia bermula dan sebagainya. Murid akan dibimbing untuk membezakan kategori sumber seperti sumber primer  dan sumber sekunder, sumber sahih dan tidak sahih, berita palsu dan sebagainya.  Penggunaan watak seperti 'Juriah' dan elemen komik dalam perjalan