PANEL WEBINAR CABARAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN KHAS UKM 2020



Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi di atas ruang dan peluang untuk saya berkongsi serba sedikit pengalaman yang tidak seberapa di dalam webinar anjuran Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17 September 2020 yang lalu. Keterujaan saya adalah kerana dapat bersemuka secara virtual bersama para pensyarah yang pernah mengajar saya dahulu, sungguh rasa seperti sirih pulang ke gagang walau hanya untuk seketika :)

Di dalam siri webinar ini, saya berkongsikan bagaimana teknologi dapat membantu guru pendidikan khas untuk mencapai bahagia dan sejahtera, di mana bagaimana guru pendidikan khas boleh menggunakan teknologi secara mudah dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan murid berkeperluan khas dengan rasa bahagia dan sejahtera.

Perkongsian tersebut dapat diikuti dengan melayari pautan link di bawah :





Terima kasih kepada semua warga UKM di atas peluang yang diberikan ini. Moga perkongsian ini bermanfaat untuk yang mengikutinya.










- Moga bermanfaat -

Comments

Popular posts from this blog

COZY LAUNCH OF GLOBAL CITIZENSHIP EDUCATION PROJECT (GCED) @ DELIMa

BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI TAHUN 2020