BICARA BUKU SIRI 1/2020 BERSAMA GPM MALAYSIA SECARA DALAM TALIAN SEMPENA KEMPEN BULAN GALAKAN MEMBACA KEBANGSAAN TAHUN 2020
Alhamdullilah, semasa bulan April 2020, saya telah berpeluang dan dijemput oleh Pn. Siti Norafizah (Ikon GPM Kebangsaan 2019) dari SK Kg Baharu, Pahang untuk menjadi salah seorang panelis bagi Siri Bicara Buku 1/20 bersama GPM Malaysia secara dalam talian. Saya berpeluang untuk mengulas buku bertajuk 'Cerita Orang Pahang' yang ditulis oleh Pn. Siti Norafizah sendiri.
Secara kesimpulannya, buku ini sangat dekat dihati saya kerana saya sendiri dilahirkan di Negeri Pahang. Tema yang ada dalam buku ini ialah sejarah warisan pahang yang mengandungi elemen makanan, tokoh, lokasi dan budaya. Kisah yang diceritakan dalam buku ini adalah berkaitan :
- Lagenda Pawang Nong
- Sambal Hitam
- Gua Kota Gelanggi
- Gulai Asam Rong
- Mat Kilau
- Walinong Sari
Kesemua kisah ini diceritakan secara tersusun, menggunakan laras bahasa yang mudah difahami termasuk kanak - kanak. Secara tidak lansung, buku ini juga dapat memupuk semangat cintakan tanah air dan warisan negeri Pahang.
paparan slide yang digunakan semasa pembentangan
Pengalaman yang menarik dan ilmu baru telah dipelajari sepanjang sesi ini.
Jangan lupa dapatkan buku ini di pasaran sebagai bahan bacaan anda semua :)
Comments
Post a Comment