PERTANDINGAN PENCAK PANTUN PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2020
Semasa tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan yang lepas, tiga orang murid berkeperluan khas telah menyertai Pertandingan Pencak Pantun Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2020. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.
Setiap murid yang menyertai pertandingan pencak pantun ini perlu mendendangkan pantun mereka berdasarkan tema ramadhan, tema aidilfitri, tema jasa guru dan tema pelajaran maya. Walaupun penuh dengan pelbagai kekangan semasa tempoh pkp, namun mereka berjaya menyiapkan tugasan yang diberi untuk pertandingan ini.
Murid berkeperluan khas yang terlibat bagi pertandingan ini adalah :
1. Nuh Asyraaf Mohd Asmizan
2. Muhammad Hamimi Hashim
3. Wan Nurfatima Ayuni Mohd Fauziah
Dendangan pantun mereka boleh di lihat di pautan berikut :
Nuh Asyraf - https://youtu.be/5BwNtb8J8Qs
Hamimi - https://youtu.be/NO2nBcCIxOk
Ayuni - https://youtu.be/qgBFFzkoaFQ
Tahniah dan semoga menjadi pengalaman yang berharga buat murid yang telah terlibat.
Comments
Post a Comment