Posts

Showing posts with the label Program / Aktiviti / Projek

COZY LAUNCH OF GLOBAL CITIZENSHIP EDUCATION PROJECT (GCED) @ DELIMa

Image
Cozy Launch of Global Citizenship Education Project (GCED) @ DELIMa Alhamdullilah, tersenarai antara guru yang memberi refleksi dalam  video berkaitan Global Citizenship Education Project (GCED). Pengalaman saya adalah berkaitan dengan projek Suara Generasi Covid atau lebih dikenali sebagai Voice Of Covid Generation. Untuk melihat lebih lanjut refleksi kami boleh melayari pautan berikut : Voices of the COVID Generation (VOCG) is a project-based approach using COVID-19  as the central theme with learning objectives aligned to 4 subjects within Malaysia’s national curriculum and GCED. VOCG Projects by Arus Academy juga merupakan salah satu penerima WenhuiAward 2020 Recipients of Honourable Commendations. By the way, there are many more GCED projects that u can do it with your students, explore more at https://arus.cc/gcedproject . Paparan video yang memaparkan VOCG Projects sebagai salah satu pemenang. Antara paparan berkaitan murid saya yang ada di dalam video tersebut :

Panel Wacana Ilmu : Perpustakaan Inklusif

Image
Wacana Ilmu : Perpustakaan Inklusif  anjuran Jawatankuasa Tetap Golongan Khas PPM 2019-2022 "Library are what is best about us as a society : open, exciting, rich, informative, free, inclusive, engaging - Susan Orlean"  Alhamdullilah, terima kasih di atas ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman yang hanya sekelumit cuma, dan syukur dgn ilmu² yang diperolehi hari ini. Terima kasih Dr. Maya, Dr Faizal, En. KZ, En. Firdaus dan jawatankuasa Persatuan Pustakawan Malaysia. Topik yang dekat di hati saya iaitu berkaitan pendidikan khas dan pusat sumber. In Sha Allah moga² ilmu yg diperolehi hari ini menjadi asbab utk makin libatkan murid² berkeperluan khas dgn pelbagai ruang dan peluang lagi yg ada di luar sana 🌸  Sesi rakaman penuh boleh dilihat di pautan berikut : Semoga bermanfaat ya !

BULETIN DIDIK @ DIDIKTV NTV7 : PROGRAM WEBINAR@VOMER

Image
BULETIN DIDIK @ DIDIKTV : WEBINAR@VOMER Alhamdullilah, program yang dirancang bersama rakan sekerja berjaya menarik perhatian wartawan DidikTV untuk membuat liputan sebagai bahan berita di Buletin Didik yang bersiaran di NTV7 pada 18 Mac 2021 yang lalu. Rasa teruja tidak terhingga kerana program yang dijalankan ini hanyalah program biasa namun ia memberikan peluang kepada warga sekolah dan murid berkeperluan khas untuk beraksi di atas talian. Webinar@Vomer merupakan program atas talian yang dirancang untuk warga sekolah bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan informasi dari masa ke semasa dalam usaha untuk mempelbagaikan fungsi studio vomer yang baru dinaik taraf di sekolah kami. Sesungguhnya liputan ini sangat memberikan impak positif kepada kami dalam usaha untuk menaik taraf studio vomer di sekolah kami. In Sha Allah, moga lebih banyak program dapat dihasilkan akan datang terutama yang berfokuskan kemenjadian murid berkeperluan khas dalam mencungkil bakat dan potensi mereka. Terima kasi...

JOHAN PERTANDINGAN ESAYEMBARA PUISI MODEN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Image
Johan Pertandingan e-Sayembara Puisi Moden (Sajak) Sekolah Pendidikan Khas KPM 2020 (Kategori Sekolah Menengah) Alhamdullilah, rezeki anak murid SMPKVM, Siti Fatimah yang juga merupakan pengawas pusat sumber sekolah telah menjuarai pertandingan e-Sayembara bagi sekolah² pendidikan khas kategori sekolah menengah.  Pengalaman yang manis dalam membimbing anak murid untuk berani mempamerkan ekspresi dan reaksi di hadapan pelantar maya. Terima kasih buat semua yang telah membantu jua secara lansung dan tidak lansung 😘. Anak murid pun gembira lihat kawan² di sekolah lain walaupun secara maya. Pertandingan ini melibatkan 34 buah pusat sumber sekolah² pendidikan khas dan telah diadakan selari dengan sambutan antarabangsa bulan pusat sumber sekolah. Selain menjadu guru pembimbing, saya terlibat juga sebagai jawatankuasa teknikal di dalam pertandingan ini. Terima kasih BPKHAS di atas peluang dan ruang yang diberikan untuk menimba pengalaman dalam mengendalikan aspek teknikal bagi pertanding...

MICROSOFT GLOBAL LEARNING CONNECTION (MGLC) 2020

Image
Microsoft Learning Global Connections (MGLC) 2020 with Millennium World School, Faridabad, Hayana (10-11 November 2020) Alhamdullilah, it's wrap!. education has no boundaries, although right now dengan kekangan PKPB @ gajet at their home, my special needs students can travelled virtually (2180 virtual miles) and present well about 🇲🇾 in front of teachers and students of Millennium World School from India, and learn about their country too. Thank you Madam Priyanka and Seema for the opportunity. It will remains as wonderful memory for my students 😘. 

E-CLASS : PENDIDIKAN SAINS SOSIAL DAN ALAM SEKITAR KSSM PENDIDIKAN KHAS

Image
  Untuk siri bersama Digital Classrom kali ini, saya berkongsikan salah satu sub-tajuk dalam mata pelajaran Pendidikan Sains Sosial Alam Sekitar Tingkatan 4 (KSSM Pendidikan Khas) iaitu Kitar Semula Bahan Buangan Aluminium. Dalam sub tajuk ini, ada empat unit yang ditekankan iaitu : 1) Bahan Buangan Daripada Aluminium 2) Produk Kitar Semula Bahan Buangan Aluminium 3) Pameran Projek Kitar Semula 4) Hasil Produk Kitar Semula Bahan Buangan Daripada Aluminium Jom sama - sama kita ulangkaji dengan melayari pautan di bawah : Terima kasih En Hanif di atas peluang diberi. Semoga bermanfaat :)

PROJECT BASED LEARNING WITH MICROSOFT OFFICE 365

Image
  Alhamdullilah dan terima kasih kepada En. Zulhilmi Ahmad dari Microsoft Malaysia dan Pegawai dari Sektor Sumber Teknologi dan Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana sudi memberi perluang dan menjemput saya untuk berkongsi di dalam program Webinar Para Pendidik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Untuk sesi saya kali ini, saya kongsikan pengisian bertajuk 'Project Based Learning With Microsoft Office 365' yang berfokuskan penggunaan aplikasi Microsoft Office 365 dalam melakukan aktiviti pembelajaran berasaskan projek. Bagaimanapun, saya sedikit sedih kerana line internet ketika sesi ini tidak begitu elok di kawasan saya kerana hujan lebat. Bagaimanapun, saya telah memberikan yang terbaik dan saya berharap segala khilaf dapat dimaafi dan diterima oleh para penonton tempohari. Kepada yang ingin mengikuti sesi tersebut, boleh klik pada pautan perkongsian di bawah. Terima kasih SSTP JWPKL, Terima kasih Microsoft Malaysia Moga bermanfaat untuk se...

BAHAN POSTER DAN VIDEO KESELAMATAN INTERNET DAN KLIK DENGAN BIJAK

Image
Sekiranya anda mencari bahan - bahan berkaitan dengan panduan keselamatan di internet, jenayah siber dan klik dengan bijak sama ada dalam bentuk poster infografik, poskad mahupun video, anda boleh muat turun bahan - bahan tersebut pada pautan di bawah. KLIK PAUTAN INI UNTUK AKSES >>  FOLDER BAHAN DAN VIDEO  << Moga bermanfaat !

SESI TUTORIAL MEMBINA RAK BUKU DIGITAL BERSAMA SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

Image
Alhamdullilah, diberi ruang dan peluang untuk berkongsi berkaitan tutorial membina rak buku digital bersama pengawas pusat sumber sekolah dan guru - guru SMK Putrajaya Presint 9(2) pada 15 Oktober 2020 yang lepas.  Tutorial membina rak buku digital adalah dengan menggunakan aplikasi FlipHTML5. Pelajar - pelajar yang terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah menunjukkan semangat dalam mempelajari langkah - langkah asas membina rak buku digital tersebut. Buat masa ini, untuk akaun percuma hanya lima buah buku dibenarkan untuk dimuat naik dalam masa sehari. Selebihnya kena tunggu dalam masa 24 jam untuk muat naik bahan digital yang seterusnya. Terima kasih Cikgu Nurafidah kerana menjemput saya. PSS Az-Zarniji memang awesome ! - Moga bermanfaat untuk semua -