MICROSOFT INNOVATIVE EDUCATOR EXPERT (MIEE) 2020-2021








Alhamdullilah, pertama kali memohon untuk melayakkan diri menjadi MIE Expert dan akhirnya terpilih untuk MIE Expert 2020 - 2021. Syukur Alhamdullilah dan terima kasih buat mereka yang membantu perjalanan saya ke arah ini selama ini. Kenapa excited sangat terpilih jadi MIE Expert ini? Ini kerana ia menjadikan saya seorang yang sentiasa belajar untuk menjadi pendidik yang lebih baik, peluang untuk belajar dan berinteraksi bersama rakan pendidik dalam negara dan luar negara serta memastikan anak murid saya mendapat manfaat dari kelebihan teknologi sepenuhnya. Pengiktirafan yang diberikan oleh Microsoft ini adalah bertaraf dunia dan jika terpilih ke peringkat seterusnya, anda mempunyai peluang untuk mewakili Malaysia ke E2 dan bertemu dengan pendidik - pendidik dari seluruh dunia !

Untuk entry kali ini, saya kongsikan serba sedikit bagaimana untuk anda menjadi MIE Expert. Permohonan MIE Expert ini dibuka pada setiap tahun, jadi ia bukanlah kekal atau sekali memohon seumur hidup ya. Maka anda perlu sentiasa berusaha dan memperbaiki diri anda dari masa ke semasa. Mencabar bukan?

LANGKAH 1 : MENDAFTAR AKAUN DI MEC DAN MEMPEROLEH MIE

Sebelum menjadi MIE Expert, anda perlulah mendaftarkan diri anda di Microsoft Educator Center (MEC) dan memperolehi Microsoft Innovative Educator (MIE) dengan mengikuti kursus - kursus yang disediakan di portal MEC (sebanyak 1000 points di perlukan) atau mengikuti kursus yang diberikan oleh jurulatih bertauliah dan memperoleh 1000 points. Saya rumuskan langkah yang diberi pada gambar rajah di bawah :



LANGKAH 2 : MEMOHON UNTUK MENJADI MIE EXPERT


Permohonan untuk menjadi MIE Expert dibuka setahun sekali, di mana untuk mereka yang pernah memohon juga perlu berbuat demikian setiap tahun apabila ia dibuka (macam renew la juga hihi). Tapi, bukan hanya sekadar memohon ya di mana cikgu perlu buktikan kenapa cikgu layak digelar MIE Expert. 

  • Apabila mengisi borang permohonan, cikgu perlu menyertakan transkrip pembelajaran yang ada di portal MEC cikgu. Bermakna pembelajaran cikgu perlulah sentiasa berterusan bukan setakat berhenti pada 1000 point sahaja.
  • Selain akaun Microsoft, cikgu juga perlu mempunyai akaun Facebook, Twitter, LinkedIn dan YourClaim untuk diisi di dalam borang permohonan. Akaun media sosial yang lain adalah tambahan dan cikgu boleh letakkan di dalam portfolio permohonan cikgu nanti. Apabila cikgu mempunyai akaun media sosial, cikgu digalakkan untuk aktif menyebarkan perkongsian ilmu dan informasi berkaitan pendidikan terutama 21st learning century design dan of coursela Microsoft tools (kelebihan untuk cikgu nanti). Disini kita boleh lihat kelebihan cikgu dalam mendedikasikan diri untuk menjadi MIE Expert. Cikgu tidak perlu gusar, tiada format tertentu untuk cikgu berkongsi di media sosial namun jangan lupa letak hastag ya #MIEexpert #MicrosoftEdu.
  • Seterusnya adalah menjawab soalan yang diberi semasa memohon dengan menggunakan aplikasi Microsoft Sway atau membuat video. Biasanya di Malaysia ramai yang menggunakan Microsoft Sway. Setakat ini soalan yang diberi adalah seperti berikut (tapi pastikan cikgu melihat dahulu soalan semasa memohon nanti ye) :

    - Why do you consider yourself to be a Microsoft Innovative Educator Expert?
    - Describe how you have incorporated Microsoft technologies in innovative ways in your classroom. Include artifacts that demonstrate your innovation. Your examples should demonstrate that you have cultivated a strong 21st century teaching and learning environment.
    - How have you impacted the learning and growth of your colleagues? Have you reached beyond your classroom to coach/support other educators in their growth?
    - If you become a MIE-Expert, how do you hope it will impact your current role in the next 12 months?
  • Untuk soalan nombor 2 tu, cikgu perlu menyediakan hacked lesson plan di mana cikgu menggunakan aplikasi Microsoft atau Microsoft Partner dengan menerapkan elemen pembelajaran abad 21 ke dalam pengajaran dan pembelajaran anak murid cikgu. Cikgu boleh menggunakan kreativiti cikgu untuk mempersembahkan hacked lesson plan namun sertakan bukti pembelajaran cikgu untuk dinilai.
Berdasarkan empat soalan dan panduan yang diberi, cikgu dah boleh memohon untuk menjadi MIE Expert. Jadi cikgu bolehlah merancang mulai saat cikgu membaca entry ini ya!

Untuk rujukan tambahan, saya sertakan link video yang disediakan oleh Admin Digital Classroom untuk cikgu mendalami dengan lebih mendalam lagi berkaitan dengan MIE Expert. 



Moga perkongsian ini bermanfaat untuk yang membaca di luar sana dan selamat menonton! 

Comments

Popular posts from this blog

COZY LAUNCH OF GLOBAL CITIZENSHIP EDUCATION PROJECT (GCED) @ DELIMa

Set Latihan Matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial & Alam Sekitar KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 4