PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION 2020

Tahun 2020 ini, saya berkesempatan untuk melatih 3 orang murid berkeperluan khas bagi menyertai Pertandingan Digital StoryTelling Animation 2020 yang bertemakan "Baik Budi, Indah Bahasa". Kami menggunakan perisian Animaker. Perisian ini tidak perlu dimuat turun, boleh terus diedit berasaskan cloud dengan malayari pautan animaker.com




Tugasan pertama adalah dengan menyediakan storyboard (jalan cerita). Tiada format tertentu bagi storyboard dalam pertandingan ini. Jadi, kami hanya menggunakan storyboard yang mudah, kerana bagi saya yang penting murid faham dan mereka sendiri hasilkan. Maka tercetusla storyboard mereka berkaitan cerita 'Adab Di Pasaraya'.




Antara kelebihan yang ada pada perisian animaker (menggunakan akaun percuma) adalah boleh memilih watak tersedia dengan pilihan pengubahsuaian paparan, memasukkan suara, memasukkan muzik yang tersedia dan memasukkan tulisan. Pilihan gambar berdasarkan lokasi juga ada, namun bila menggunakan akaun percuma, tidaklah banyak pilihan tersedia tetapi masih boleh digunapakai.Murid saya mengambil masa seminggu untuk menyiapkan tugasan ini.

Alhamdullilah, tugasan bagi pertandingan sudah selamat dihantar. Menang kalah bukanlah keutamaan, tetapi kemahiran literasi digital dapat diasah kepada murid berkeperluan khas yang menyertai di samping menerapkan elemen nilai murni. Terima kasih anak- anak cikgu :)



nota kaki : abaikan muka kami yang selebet dan berkerut menyiapkan tugasan hihi

Comments

Popular posts from this blog

COZY LAUNCH OF GLOBAL CITIZENSHIP EDUCATION PROJECT (GCED) @ DELIMa

Set Latihan Matapelajaran Pendidikan Sains, Sosial & Alam Sekitar KSSM Pendidikan Khas Tingkatan 4