SESI TUTORIAL MEMBINA RAK BUKU DIGITAL BERSAMA SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)


Alhamdullilah, diberi ruang dan peluang untuk berkongsi berkaitan tutorial membina rak buku digital bersama pengawas pusat sumber sekolah dan guru - guru SMK Putrajaya Presint 9(2) pada 15 Oktober 2020 yang lepas. 

Tutorial membina rak buku digital adalah dengan menggunakan aplikasi FlipHTML5. Pelajar - pelajar yang terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah menunjukkan semangat dalam mempelajari langkah - langkah asas membina rak buku digital tersebut. Buat masa ini, untuk akaun percuma hanya lima buah buku dibenarkan untuk dimuat naik dalam masa sehari. Selebihnya kena tunggu dalam masa 24 jam untuk muat naik bahan digital yang seterusnya.

Terima kasih Cikgu Nurafidah kerana menjemput saya. PSS Az-Zarniji memang awesome !








- Moga bermanfaat untuk semua -

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

COZY LAUNCH OF GLOBAL CITIZENSHIP EDUCATION PROJECT (GCED) @ DELIMa

BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI TAHUN 2020