Tahun 2020 ini, saya berkesempatan untuk melatih 3 orang murid berkeperluan khas bagi menyertai Pertandingan Digital StoryTelling Animation 2020 yang bertemakan "Baik Budi, Indah Bahasa". Kami menggunakan perisian Animaker. Perisian ini tidak perlu dimuat turun, boleh terus diedit berasaskan cloud dengan malayari pautan animaker.com Tugasan pertama adalah dengan menyediakan storyboard (jalan cerita). Tiada format tertentu bagi storyboard dalam pertandingan ini. Jadi, kami hanya menggunakan storyboard yang mudah, kerana bagi saya yang penting murid faham dan mereka sendiri hasilkan. Maka tercetusla storyboard mereka berkaitan cerita 'Adab Di Pasaraya'. Antara kelebihan yang ada pada perisian animaker (menggunakan akaun percuma) adalah boleh memilih watak tersedia dengan pilihan pengubahsuaian paparan, memasukkan suara, memasukkan muzik yang tersedia dan memasukkan tulisan. Pilihan gambar berdasarkan lokasi juga ada, namun bila menggunakan akaun percuma, tidaklah banyak...