Posts

SESI PERKONGSIAN TUTORIAL FLIPHTML5

Image
  Alhamdullilah diberi ruang dan peluang untuk berkongsi berkaitan aplikasi FlipHTML5 dalam sesi online learning yang dibawakan oleh Persatuan Guru STEM Malaysia.  FlipHTML5 adalah antara aplikasi FlipBook percuma yang mudah digunakan, yang direka khusus untuk menukar gambar dan dokumen PDF menjadi buku flip halaman web interaktif berasaskan HTML5 / jQuery, menjadikan fail HTML lebih menarik dan interaktif. Selain FlipHTML5 ada juga aplikasi yang hampir sama fungsinya seperti Anyflip dan PubHTML5 Untuk yang ingin menonton sesi perkongsian tersebut boleh klik pada pautan di bawah : Moga bermanfaat untuk semua.

BAHAN POSTER DAN VIDEO KESELAMATAN INTERNET DAN KLIK DENGAN BIJAK

Image
Sekiranya anda mencari bahan - bahan berkaitan dengan panduan keselamatan di internet, jenayah siber dan klik dengan bijak sama ada dalam bentuk poster infografik, poskad mahupun video, anda boleh muat turun bahan - bahan tersebut pada pautan di bawah. KLIK PAUTAN INI UNTUK AKSES >>  FOLDER BAHAN DAN VIDEO  << Moga bermanfaat !

SESI TUTORIAL MEMBINA RAK BUKU DIGITAL BERSAMA SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

Image
Alhamdullilah, diberi ruang dan peluang untuk berkongsi berkaitan tutorial membina rak buku digital bersama pengawas pusat sumber sekolah dan guru - guru SMK Putrajaya Presint 9(2) pada 15 Oktober 2020 yang lepas.  Tutorial membina rak buku digital adalah dengan menggunakan aplikasi FlipHTML5. Pelajar - pelajar yang terdiri daripada pengawas pusat sumber sekolah menunjukkan semangat dalam mempelajari langkah - langkah asas membina rak buku digital tersebut. Buat masa ini, untuk akaun percuma hanya lima buah buku dibenarkan untuk dimuat naik dalam masa sehari. Selebihnya kena tunggu dalam masa 24 jam untuk muat naik bahan digital yang seterusnya. Terima kasih Cikgu Nurafidah kerana menjemput saya. PSS Az-Zarniji memang awesome ! - Moga bermanfaat untuk semua -

TUTORIAL MICROSOFT TEAMS (ASAS)

Image
Microsoft Teams adalah sebuah hub yang boleh diintegrasikan dengan semua aplikasi Office 365 dan ribuan lagi aplikasi “third-party” termasuk khusus untuk pendidikan yang popular. Microsoft Teams boleh diakses melalui web ataupun dimuat turun dan dipasang di peranti pengguna. (Windows,iPhone,iPad,Mac,Chromebook,Android). Nak tahu lebih lanjut tentang Microsoft Teams, jom lihat tutorial di bawah. Istimewanya sesi kali ini adalah bersama saya, En. Zulhilmi Ahmad, orang kuat Microsoft Malaysia yang membantu menerangkan lebih terperinci berkaitan Microsoft Teams : Tutorial Microsoft Teams Moga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka  yang baru ingin mengenali Microsoft Teams

MODERATOR SIRI 12 LAKSI EDISI GURU

Image
Siri LAKSI 12 edisi guru kali ini, saya berpeluang menjadi moderator bagi Slot Cikgu Law Sie Tung yag menggunakan aplikasi 'WordWall' dama pengajaran sains di sekolah beliau. Untuk maklumat lebih lanjut bagaimana beliau menggunakan word wall tersebut, anda boleh lihat di pautan berikut : SIRI LAKSI 12 : EDISI GURU Moga bermanfaat untuk semua !

TUTORIAL MEMBINA GOOGLE SITES

Image
Sekiranya anda ingin membuat portal anda sendiri, anda boleh menggunakan aplikasi percuma yang disediakan oleh Google iaitu Google Sites.  Apakah yang dimaksudkan dengan Google Sites? Google Sites merupakan sebuah aplikasi percuma berkaitan pembuatan laman web atau portal yang disediakan oleh Google kepada mana - mana individu yang mempunyai akaun google samada peribadi atau akaun pendidikan. Paling penting, ianya percuma dan dapat menyimpan sehingga 15GB di Google Sites bersama dengan aplikasi Google yang lain. Tutorial kali ini dibawakan oleh Persatuan Guru STEM Malaysia (PGSM) dimana ia merupakan inisiatif PGSM bagi projek pembelajaran e-learning. Untuk tutorial kali ini, terdapat enam objektif bagi pembelajaran Google Sites iaitu :  LOG IN KE GOOGLE SITES MEMBINA SITES BARU MENAMAKAN SITES DAN MENCIPTA HEADER MENGIKUT KREATIVITI / THEMES MENCIPTA PAGES DAN MENGENALI FUNGSI ASAS  MENYUSUN ATUR BAHAN DI DALAM SITES MENERBITKAN DAN BERKONGSI SITES KEPADA UMUM Untuk belaj...

PANEL WEBINAR CABARAN NORMA BAHARU GURU PENDIDIKAN KHAS UKM 2020

Image
Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi di atas ruang dan peluang untuk saya berkongsi serba sedikit pengalaman yang tidak seberapa di dalam webinar anjuran Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 17 September 2020 yang lalu.   Keterujaan saya adalah kerana dapat bersemuka secara virtual bersama para pensyarah yang pernah mengajar saya dahulu, sungguh rasa seperti sirih pulang ke gagang walau hanya untuk seketika :) Di dalam siri webinar ini, saya berkongsikan bagaimana teknologi dapat membantu guru pendidikan khas untuk mencapai bahagia dan sejahtera, di mana bagaimana guru pendidikan khas boleh menggunakan teknologi secara mudah dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan murid berkeperluan khas dengan rasa bahagia dan sejahtera. Perkongsian tersebut dapat diikuti dengan melayari pautan link di bawah : WEBINAR CABARAN NORMA BARU GURU PENDIDIKAN KHAS Terima kasih kepada semua warga UKM di atas peluang yang diberikan...